Oktober 02, 2015

ORIGINAL SWEDISH MEATBALLS AGAIN


Kelaziman dan menu harus ada pada setiap rumah swedish. menu ni Sue panggil menu di pisah jangan. Kalau tak makan meatballs memang tak cukup rasanya bagi mereka. Juga tidak kurang pada Sue kadang tu terliur juga. Semalam macam biasa menu harus kembali setelah lama mendiam dan sue letakkan cheddar cube untuk suka-suka dan rasanya juga sedap. 
Rupanya tak secantik dan licin pasal Sue malas nak menggunakan food processor. Sue guna tangan je untuk bagi sebati tapi rasanya tetap tetap tak berubah. Kami di sini kalau buat meatballs ni tanpa menggunakan original spices memang tak cukup rasanya. Aroma dan rasa membuatkan ianya menjadi satu kelainan. 
Itu yang serbuk manakala kalau yang belum di mesin memang kami gunakan untuk buat stew daging. Boleh tengok DISINI rupanya KRYDDPEPPAR. Sejujurnay Sue Tidak pasti sama ada ianya ada kah tidak jual di Malaysia. 
Resepi meatballs dan sos boleh tengok DISINI. Untuk memudahkan Sue sertakan sekali resepi nya ye.

MEATBALL

Oleh: Sue Norrman 


500gm daging kisar (mince beef)

1/2 biji bawang besar - potong dadu halus*

1 sdm mentega/marjerin*

3/4 sdt serbuk lada hitam

1 sdt kryddpeppar@ mixed spices

1/3 serbuk kayu manis (Sue tambah)

1/3 sdt gula

1/2 - 1 sdt garam - Rasakan dahulu.

2 sdm serbuk roti - kalau yang kasar, kisar halus.

30 ml susu segar

1 biji telur 'c' - Sue tak guna tapi kalau nak boleh masukkan.

1-2 sdm mentega untuk masak meatball kemudian

Cara

1) Tumis bahan yang bertanda (*) keperangan dan ketepikan seketika.

2) Satukan semua bahan-bahan selebihan dan masukkan ke dalam food processor. kemudian masukkan kesemua bawang dan butter tadi dan kisar halus. Kalau tak ada food processor cuma kisarkan bawang tumis tadi dan gaul guna tangan hingga sebati.

3) Bulatkan ikut kesukaan besar mana.

4) Guna non stik pan dan masukkan mentega tadi. Guna api kecik dan tutup pan supaya cepat masak dan tak hangus.

5) Pusing-pusingkan meatball supaya warnanya sekata hingga masak.

6) mentega lepas masak meatball jangan dibuang. Digunakan untuk membuat sosnya.



P/S:- Kalau nak boleh guna cara macam buat fish ball. Rebus sekejap kemudian masak dalam pan lagi tapi rasanya dah tak berapa sedap disebabkan rasanya keluar dalam air rebusan. Cuma kejadian nya cantik sahaja.

BROWN SOS (Gravy)

Oleh: Sue Norrman


Mentega lepas masak meatball tadi.

2 cwn stok ayam

1 sdm kicap cair

1 ketul kiub ayam

1/3 serbuk lada hitam

garam dan gula - untuk tambahan kalau tak cukup rasa.

2 cwn whipping/double cream*

1 sdm tepung kentang/jagung*- bancuh dengan sedikit air



Cara

1) Satukan bahan kecuali yang bertanda(*) dan masak atas api sederhana hingga mendidih.

2) Masukkan yang bertanda (*) Krim dahulu dan sebatikan dan baru masukkan (*) bancuhan tepung.

3) Didihkan lagi dalam seminit dan tutup api. Kuah jangan terlalu pekat atau cair.



P/S:- Kalau kuah cair masukkan lagi sedikit bancuhan tepung dan kalau terlalu pekat masukkan sedikit krim.
SELAMAT MENCUBA!
KRAM

.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...