Ogos 09, 2016

AYAM GORENG BEREMPAH RANGUP


WALLAH... sedapnya sehingga menjilat jari! Seriously ianya memang sedap dan rangup. Ini merupakan kali yg ke-empat sue buat menggunakan resepi Tahrunnissah yang beliau pernah kongsi di Fb dahulu. memang tidak menghampakan dan rasa ayamnya sesuai sekali dengan anak tekak. Makan ayam ni dengan nasi panas aja pun dah cukup tapi kalau nak bertambah lebih banyak nasi kena buat sambal tomato pedas.. waduh.. sedap banget.

Resepi asal beliau kongsikan menggunakan seekor ayam tapi sue cuma cuma buat setengah ekor saja memandangkan hanya sendirian di rumah. pada yang nak mencuba ayam goreng berempah mantop boleh cuba resepi ini memang sedap!


AYAM GORENG BEREMPAH
Resepi: Tahrunissah (FB)
By: Sue Norrman

(Copypaste)
Bahan-bahan
1 ekor ayam dipotong kecil atau mengikut kesukaan anda
(dibersihkan dan di salut tpg gandum sekejap utk hilangkan hanyir)
1 inci halia**
2 biji bawang besar**
5 ulas bawang putih**
7 batang serai**
1 sudu besar ketumbar (digoreng tanpa minyak dan ditumbuk)
1 sudu besar jintan manis (digoreng tanpa minyak dan ditumbuk)
2 tangkai daun kari dibersihkan dan diramas/dicarik
1 sudu besar cili kisar
sedikit kunyit (terpulang nak yang segar atau serbuk)
garam dan gula sikit (pengganti ajinomoto) nak guna ajinomoto pun terpulang
3 sudu besar tepung jagung
1 biji telor (dipukul dahulu)
2 sudu besar rempah kari ayam

Caranya
1) Ayam dibersihkan setelah disalut dgn tpg gandum..
2) Semua bahan yang bertanda ** dikisar dengan sedikit air ..kisar hingga serai hancur.. kemudian tumbuk ketumbar, jintan dan kunyit hingga hancur..
3) dSlm bekas satukan semuanya bahan rempah. telor, daun kari dan tpg jagung serta serbuk kari.. tambah garam dan sedikit gula ..rasalah sikit atau agak2 ye rasanya..
4) Kemudian masukkan potongan ayam..gaul sebati. Perap selama 1 jam atau lebih
5) Biarkan ayam tersebut 1 jam ke atas la..kalau lama sangat masukkan dlm peti ais..time nak goreng kluarkan dan goreng..
6) Panaskan minyak kemudian perlahan api aras sederhana.. (saya goreng dlm periuk sederhana kecil separuh minyak) masukkan ayam ...goreng sehingga mendapat warna seperti dibawah.
7) Toskan ayam ni diatas tisu serap minyak.insyaallah hasilnya serdak garing dan rangup shingga ke petang..

SELAMAT MENCUBA!


 KRAM

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...