Jun 13, 2017

Ayam Masak Merah Mudah dan Sedap



Selamat pagi dari Sweden!!
 
Alhamdulillah hari ni cuaca cerah tapi berangin dan sejuk gilerrr.. 13 celcius memang terasa sejuk! Semalam hujan dari petang hingga ke subuh. Tahun ni summer season tak macam summer sebabnya hujan berterusan dan suhu masih bawah 25 celcius.  bagi diorang syok lah sebab season yang mereka nantikan. Macam SN masih terasa sejuk kalau 23 celcius duk luar memang guna selimut.. ye sejujurnya bawa selimut tuk duduk bawah pokok.

Ha.. dah intro musim lah pula tapi syok juga kan! Pengalaman dengan 4 musim yang mencabar dan syukur di beri peluang untuk merasai dan melalui hidup merantau. Insyallah kalau ada masa yang betul betul terluang SN nak buat journal journey dari proses residen sehingga mendapat permanent residence seperti sekarang dan all about Sweden. Insyallah dan doakan SN di beri kekuatan dan kesihatan untuk di kongsi kan bersama.

Tada!! inilah ayam masak merah mudah yang SN masak semalam sama nasi tomato. Resepi nasi tomato DISINI dan memang mudah sangat nak di sediakan. Suami SN pun makan 3 ketul ayam hihi.. tapi nasi 5 sudu je EN makan. Nak buat macam mana kan bila dah lewat memang selera makan dah kurang. Yang penting bersyukur masih dapat menikmati juadah walaupun dengan kuantiti yang sikit.  Nak resepi mai tengok..

Resepi ayam masak merah berempah DISINI
 


AYAM MASAK MERAH MUDAH
Resepi: Sue Norrman

Bahan-bahan
1/2 ekor ayam anggaran seekor 1kg++ (potong sedang dan cuci bersih, Toskan)
Sedikit serbuk kunyit - untuk menggoreng ayam
5 sudu makan sos cili
3 sudu makan sos tomato
1 sdm tomato puree
Garam dan gula secukup rasa
Serbuk perasa sedikit
1/3 cawan susu cair
Air sedikit
Minyak untuk menumis secukupnya

(A) Kisar halus
1 biji bawang bombay
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sdt jintan putih
1 sdt ketumbar
1/2 sdt jintan manis

(B)
3 sdm cili giling - nak pedas lebihkan
2 batang serai - ketuk
5 kuntum cengkih
1 kuntum bunga anis
2 biji buah pelaga
Sedikit kulit kayu manis


Cara
  1. Sebatikan serbuk kunyit dengan sedikit garam bersama ayam.
  2. Kemudian goreng ayam sekejap untuk mengeringkan air sahaja. Jangan goreng sampai kering ye! ketepikan.
  3. Panaskan minyak kedalam kuali/ periuk dengan api sederhana dan masukkan rempah tumis bersama serai dan tumis seminit.
  4. Masukkan cili giling dan tumis sehingga cili pekat sedikit dan masukkan bahan kisar.
  5. Tumis sehingga bawang masak dan pecah minyak. Kalau minyak kurang tambah sedikit lagi.
  6. Bila tumisan dan masak masukkan sedikit air, sos cili, sos tomato, tomato puree serta bahan perasa dan garam serta gula.
  7. Renehkan selama 5 minit dan masukkan ayam yang telah di goreng tadi serta susu cair.
  8. Kacau sebati dan rasakan secukupnya.
  9. Biarkan kuah pekat sedikit dan tutup api.
  10. Sediakan di nikmati bersaam nasi tomato dan selamat menjamu selera.
SELAMAT MENCUBA!

 KRAM



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...