Oktober 09, 2017

Pandan Panna Cotta Terlajak Laris


ASSALAMMUALAIKUM!

Hai sahabat dan follower yang SN rindui semua.. apa khabar? Rindu SN tak? 
Syukur Alhamdulillah hari ini SN kuat kan hati untuk update blog yang dah lama terbiar. Bukan terus menyepi tapi kengkangan masa yang membataskan SN beradap depan pc. Lebih lebih lagi sekarang SN dan balik ke sini, Sweden banyak urusan dan tugasan yang perlu di selesaikan. Panjang cerita duka yang akan SN update kemudian :( 
Sehingga kini masih terasa sakitnya begitu juga EN hingga sekarang masih terseliuh bahu dan akan menjalani MRI pada 2hb Nov nanti. Nak tahu cerita tak? Insyallah nanti SN akan update.. tunggu ye hihi.

OK.. hari ni SN nak share pandan panna cotta yang terlajak laris dan menjadi kesukaan ayah SN. Panna cotta ni SN buat 2 bulan lepas ketika berada di Kuching sememtara menunggu EN menghabiskan tugasannya di China dan Burma. SN stay sebulan di Kuching dan bulan lepas SN kembali ke Sweden bersama EN tapi kami jumpa di Bangkok hahhaa.. meeting point je tu untuk sama sama terbang balik ke sarang.

Resepi memang dah sedia ada pada entri dulu tapi kali ni SN share lagi untuk memudahkan kesayangan. Panna cotta yang tak jemu di makan dan begitu enak sekali. Cuba dulu baru tau dan pasti nak lagi!



PANDAN CREAMY PANNA COTTA
Resepi: Sue Norrman

Bahan-bahan 
Untuk lapisan hijau - pandan
(A)
40g serbuk gelatin (halal) + 30ml air sejuk/paip

(B)
300ml susu segar
300ml krim putar (dairy)
200g gula pasir
400ml jus pandan (kalau tak ada boleh guna pandan paste sedikit + pewarna)

Cara
1) Rendam dan kembangkan bahan A terlebih dahulu. Kemudian cairkan dengan kaedah double boiler. (sue guna cawan dan rendam dalam mangkuk yang berisi air panas). ketepikan.
2) Masak bahan B sehingga mendidih dan tutup api. Masukkan bahan A tadi dan kacau sebati. ketepikan sehingga suam seketika.


Untuk lapisan putih - santan
(A)
6g serbuk gelatin @ 11/4 sdt + 1 sdm air sejuk/paip

(B)
400ml santan pekat - sue guna santan kotak (kara)
200ml air sejuk
1/2 sdt garam halus

Cara
1) Rendam dan kembangkan bahan A terlebih dahulu. Kemudian cairkan dengan kaedah double boiler. (sue guna cawan dan rendam dalam mangkuk yang berisi air panas). Ketepikan.
2) Masak bahan B sehingga mendidih dan tutup api. Masukkan bahan A tadi dan kacau sebati. ketepikan sehingga suam seketika.
3) Sediakan cawan lutsinar, tuang lapisan hijau kedalam cawan pada paras 3/4 dan masukkan ke dalam peti sejuk selama 10-15 minit sehingga permukaannya bila di sentuk tidak melekat pada tangan.
4) Keluarkan lagi dan tuangkan lapisan santan dan sejukkan kembali ke dlam peti sejuk. Biarkan ianya mengeras sepenuhnya dan bolehlah dimakan.

P/S: lapisan hijau ketika di sejuk jangan terlalu lama nanti mengeras dan ianya tidak melekat pada lapisan seterusnya!

SELAMAT MENCUBA!


Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...