Januari 09, 2018

Bihun Goreng Udang Mudah dan sedap.



Assalamualikum!!

Apa khabar semua? Lama tak entri rindu pula rasanya... sebenarnya entri kali ini merupakan resepi lama yang menunggu untuk di update dan kini kita gagahi juga. memandangkan sekarang cuaca teramat sejuk walaupun tak ada snow lagi. Bila dah sejuk memang malas melanda hihihi...

Resepi mudah dan senang yang penting kena rajin baru dapat hasilnya kan. Bihun merupakan salah satu mi faveret  SN dan memang tak pernah jemu kalau masak bihun tapi kena ada halia sedikit baru rasa rencahnya Tak tahu lah pada orang lain tapi kalau selera SN gitu lah. So... jom tengok resepi.



BIHUN GORENG UDANG
Resepi: Sue Norrman

Bahan bahan
(A)
1/2 paket bihun - rendam semalam  dan tos kan 
1 mangkuk udang yang sudah di bersihkan - nak lebih boleh tambah
1 mangkuk tauge
Daun sawi secukupnya

(B) Kisar
1 inci halia
4 ulas bawang putih  
5 biji bawang merah
1 biji bawang bombay
Cili kering secukupnya - ikut kepedasan sendiri

(C)
2 sdm sos tiram
1 sdm kicap cair
3 sdm kicap lemak masin
3 sdm kicap lemak manis
Sedikit serbuk perasa
Minyak untuk menumis


Cara
  1. Panaskan minyak secukupnya ke dalam kuali dan masukan bahan kisar (B).
  2. Tumis sehingga bawang kuning dan masak. Masukan udang dan tumis lagi sehingga udang bertukar warna dan masukan bahan C.
  3. Tumis dan kacau sebati. Kemudian masukan bihun yang telah di tos tadi.
  4. Goreng sehingga rata dan rasakan sekali lagi. Kalau kurang perasa boleh tambah.Akhir sekali masukan daun sawi dan tauge. Kacau rata dan tutup api.
  5. Sedia untuk di saji dan boleh tabur telur dada kalau suka.
SELAMAT MENCUBA!
 

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...