Januari 01, 2018

Selamat Tahun Baru 2018

 
 
 
Assalamualaikum!!

Selamat Tahun Baru 2018 buat semua pembaca dan sahabat SN yang sudi bertandang ke blog Swesia Journey.

Terlebih dahulu SN memohon jutaan kemaafan andai ada yang tersilap mahupun terkasar bahasa dalam penulisan di blog yang SN sayangi ini. Sungguh tak terasa kan 2017 sudah melabuhkan tirainya. Semoga 2017 menjadi tahun yang terbaik untuk di jadikan kenangan.

Hari ini merupakan hari pertama kita di tahun yang baru dan kalendar baru. Begitu juga SN mencuba buat yang terbaik buat semua pembaca blog Swesia Journey dan di beri kesihatan untuk dapat update dan masak untuk di kongsikan. 

Ok... dinner terakhir di ambang tahun baru kami semalam. Menu biasa aje tapi sedap. Smoked salmon dengan homemade dill sauce yang menjadi favourite EN. Sampingan cuma kentang dan carrot rebus, green beans dan white asparagus. Alhamdulillah.. sedap!

Sambil menanti bunyi mercun SN dan EN ronda ronda di bandar tapi tak ada special mungkin juga hujan dan cuaca tersangat sejuk. Akhirnya kami balik rumah agi dan minum kopi hihihi...


SELAMAT TAHUN BARU 2018


Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...