November 02, 2015

Bun Pandan Inti Kelapa Dan Kacang


Semalam Sue buat bun inti kelapa.. teringin sangat nak makan bun kelapa tapi doh nya Sue campur pandan paste untuk mendapat aromanya. Kalau di Kuching famous dengan bun mentega dan kelapa tapi untuk mendapat rasa yang sama itu mustahil. 
Majoriti di monopoli oleh kaum cina yang menjalankan bisnes keluarga yang diwarisi dari emak dan nenek mereka. Cukuplah kita buat bun ala-ala untuk melepaskan hajat. Doh roti Sue menggunakan basic bun manis yang Sue dapat dari buku resepi pelbagai jenis roti (chinese).



BUN PANDAN
Oleh: Sue Norrman

Bahan-bahan
500g tepung roti
1 biji telur gred A
60g shortening
50g gula halus
2 sdt bread softener
1 sdt bread improver
1 sdt garam
11/2 sdt instant yis
2 sdm susu pekat manis
200ml air + 1 sdt pandan paste 

Telur + susu cair untuk menggoles atas bun

Cara
1) Masukan bahan kering ke dalam mixer atau bread maker dan diikuti bahan basah.
2) Uli sehingga doh elastik dan rehatkan sehingga naik 2 kali ganda. 
3) Kelurakan doh dan buang angin. Timbang doh seberat 35g dan bulat-bulatkan dan rehat lagi 10 minit.
4) Giling doh dan masukan inti kelapa dan bulatkan lagi. Letak dam loyang yang sudah di sapu minyak atau mentega/shortening.
5) Buat sampai habis dan rehatkan lagi doh sehingga naik 2 kali ganda
*Panaskan oven pada suhu 180-200 degrees bergantung pada oven masing-masing*.
6) Sapu telur dan tabur sedit kelapa kering dan bakar 25 minit. 5 minit terakhir gunakan api atas bawah sehingga keperangan dan keluarkan.



INTI KELAPA DAN KACANG TANAH
Resepi: Sue Norrman

Bahan-bahan
200-300g kelapa parut muda
50g gula pasir 
1/2 - 1 sdm gula merah
1 helai daun pandan - simpul
1/2 sdm minyak sapi

Cara
1) Sangaikan kelapa dan daun pandan sekejap dalam kuali jangan sampai kuning.
2) Kemudian masukan kedua jenis gula dan goreng samapi gula hancur dan kelapa layu menggunakan api kecil.
3) Tutup api dan masukan minyak sapi dan gaul seabati. Sejukan.

SELAMAT MENCUBA!

KRAM

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...