Ogos 14, 2016

CIABATTA / ITALIAN BREAD SANDWICH


Hai!
Mengharapkan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari.. Peribahasa yang tidak dapat di sangkal lagi. Begitu juga dengan cuaca disini semakin hari semakin sejuk dan hujan di tengah hari. Persiapan untuk menanti kedatangan musim luruh begitu suram dan terfikir lagi ianya berterusan beberapa bulan sehingga kehadiran musim bunga tahun depan. Sesungguhnya kejadian alam dari penciptanya sungguh indah sekali. Walaupun sejuk tapi musim luruh merupakan musim yang sue sangat nantikan berbanding musim- musim yang lain. Kalau autumn sue suka meneroka hutan melihat deduan luruh dengan warna yang sangat cantik dan menarik. Insyallah kalau tiba musimnya sue akan mengambil gambar untuk tatapan sue kitchen reader.

Pagi ni sue sarapan ala italian lah sangat hihihi.. Sebenarnya roti tu aja italian bread tapi yang lain sue buat ikut rasa anak tekak je. Kalau dah namanya sandwich apa pun semuanya sedap yang penting idea dan bahannya kena cun kan? Sandwich sue hari ni special sikit sebab sue buat caramelized onions, caramelized cherry tomatoes, black pepper shredded beef dan dill sos. Smoked salmon sue sue letak juga ternyata sedap sekali. Dah setengah hari masa berlalu belum lagi tersa lapar sebab sandwich ni kategori heavy and all in one lah kiranya. Ciabatta sue beli yang frozen dan bila nak makan sue bakar semula dalam oven selama 5-10 minit je. Sebenarnya suka - suka je kongsi idea semoga ianya bermanfaat untuk semua. Jom..


CIABATTA SANDWICH
Resepi: Sue Norrman

Bahan-bahan
1 - 2 biji ciabatta bread - belah 2 dan sapu mentega
Daun salad secukupnya
Sos dill - kalau tak ada boleh ganti dengan mayonis
Smoked salmon - jika tiada abaikan


Untuk caramelized
1 biji bawang besar saiz sederhana - hiris nipis
5 biji cherry tomato - belah 2
Sedikit brown sugar
Butter secukupnya 


Black pepper shredded beef
100 - 200g daging batang pinang - rebus sehingga lembut dan carik.
1 sdm sos tiram
1 sdt kicap cair
Sedikit brown sugar
1 - 2 sdt lada hitam - tumbuk jangan terlalu halus 


Sos dill
1 - 2 sdm creme fraiche / sour cream/ plain yogurt
1 sdt mayonis
1 sdt gula
1/2 sdt parutan kulit lemon 
Sedikit daun dill (kering pun boleh guna)
*Kacau sebati dan sejukkan seketika sebelum di gunakan*


Cara
1) Untuk caramelized >> i) Cairkan butter dalam pan dengan api kecil kemudian masukkan bawang besar. Kacau sehingga layu dan masukkan sedikit brown sugar dan tumis lagi sehingga keperangan. Angkat dan letak dalam pinggan - ketepikan.
Dengan menngunakan pan yang sama, tambah sedikit lagi butter dan  masukkan cherry tomato. Goreng sehingga keperangan dan layu. Angkat dan letak dalam pinggan bawang tadi. 
ii) Cuci pan tadi dan panaskan lagi atas api sederhana. Masukkan sedikit mentega dan masukkan daging yang telah dicarik. Tumis sekejap dan masukkan bahan selebihnya sehingga sebati dan cukup rasa . Tutup api.
2) Ambil sekeping ciabatta yang telah di sapu mentega, susun daun salad, tabur daging di atasnya diikuti bawang dan tomato. Di atas sekali letakkan sos dill atau terpulang pada kreativiti sendiri.
3) Sedia untuk di nikmati dengan segelas smoothie atau yogurt.

SELAMAT MENCUBA!






Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...